Saturday, 10 August 2013

Assalammualaikum,semua :) Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan.Dalam meniti arus kehidupan kita di dunia ini, kite terleka , asyik dengan keseronokkan duniawi.Bagi golongan remaja , keseronokkan bersama rakan-rakan tdak akan pernah lekang dari diari kehidupan mereka.Cinta ? Semestinya ada dalam perhubungan remaja hari ini.Begitu juga dengan aku.Aku sendiri tidak pernah lari dari keseronokkan dan juga percintaan.Sudah menjadi lumrah remaja zaman sekarang untuk berseronok seiring dengan kemajuan teknologi serta ekonomi sekarang.Aku mengaku bahawa aku sendiri terbuai dalam arus percintaan.Dulu,aku beranggapan bahawa 'cinta; itu adalah satu perasaan yang simple.Senang untuk dicari dan senang untuk dilepaskan.Cinta pertamaku adalah 'cinta monyet'.Cinta dibangku sekolah rendah.Ketika itu,perasaan cinta itu seolah-olah satu permainan.Aku tidak dapat mengenali erti cinta yang sebenar-benarnya.Aku tidak dapat merasai apa itu'Cinta'.Naik dibangku sekolah menengah,aku masih belum menemukan erti cinta yang sebenar.Aku masih lagi dengan 'cinta monyet'.Masih tercari-cari erti cinta yang sebenar.Tapi,apabila aku beralih angin ke sekolah baru untuk mencari pengalaman yang baru.Pengalaman yang mungkin akan mematangkan aku.Pengalaman yang boleh mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.Di sini , aku telah menemui kehidupan aku yang selama ini aku cari.Jauh dari pangkuan ayah dan bonda , aku bersama rakan-rakanku yang baru.Rakan-rakan yang amat menyayangiku.Bermulanya kehidupan aku di sini,aku peroleh pelbagai pengalaman yang manis mahupun yang pahit.Susah senang kehidupanku disini aku lalui bersama rakan-rakan tersayang.Dalam masa yang sama , aku berusaha untk mencari erti cinta melalui kehidupan baruku.Aku melihat dari pelbagai aspek erti cinta.Alhamdulillah , akhirnya aku telah menemukan erti cinta yang aku cari selama ini. Cinta yang benar-benar indah adalah Cinta kepada Yang Maha Esa , Allah S.W.T. Cinta kita kepada-Nya takkan pernah pudar kerana kepada-Nya lah kita meminta , merayu dan memohon pertolongan.Cinta kepada-Nya adalah satu cinta yang suci.Jika kita dapat merasai cinta kita kepada-Nya , Subhanallah..Indahnya cintaMu kepadaku Ya Allah.Yang kedua,Cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.Kalau kita boleh mencontohi rasa cinta Baginda terhadap penciptanya,agamanya,keluarga,sahabat serta umatnya,kita akan dapat melihat sendiri kesucian serta kenikmatan rasa cinta yang tulus dari hati nurani yang suci tanpa ada sedikit topokan hitam dendam dihati.Yang ketiga , cinta kepada ibu dan ayah.Ibu dan ayah telah menyemaikan rasa kasih dan sayang mereka kepada kita.Cinta mereka adalah cinta yang paling ikhlas.Cinta yang tak pernah mengharapkan balasan.Mereka membelai kita dengan penuh rasa kasih sayang.Mereka menatang kita seumpama minyak yang penuh.Mereka tidak pernah kenal erti kepayahan dalam usaha membesarkan kita.Mereka juga tidak kekok untuk membimbing kita agar kita menjadi seorang anak yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.Bagi aku , cintakepada sesorang , biarlah datang dari Allah.Dia yang Maha Berkuasa.Dia telah menetapkan cinta dan jodoh yang sempurna untuk hambaNya.Bagiku , andai sudah tercatat dalam Lul-Mahfuz bahawa dia jodohku , dia Imamku.Aku terima dengan redha kerana aku yakin Allah telah menentukan yang terbaik untukku :)

No comments:

Post a Comment