Thursday 19 December 2013

Coretan Kenangan

Assalammualaikum. MUHAMMAD AMIN ADLI BIN ZULKIFLI, satu nama yang cukup indah untuk aku.Satu nama yang boleh buatkan aku terus bersemangat dalam meniti perjalanan hidup aku.Dia titik semangat aku yang kedua selepas keluarga dan rakan-rakan (LINE 8). He is the reason why I'm still standing today. Aku telah menemukan Cinta Sejati dalam dirinya.Erti kata lain,dia pembuka lembaran baru dalam hati aku untuk terus percayakan keindahan Cinta . Mencintai dan menyayanginya juga mengajar aku erti kata setia.Mudah untuk kita mencintai seseorang,tapi sukar untuk kita memberi sepenuh kesetiaan kita kepada seseorang itu. 9 OGOS 2013,tarikh pertemuan pertama kami di rumah aku sendiri.Tak terungkap kegembiraan aku masa tu.Kenangan kami di dapur cukup untuk buatkan aku tersenyum sendiri.Kali pertama aku menyambut tangannya ketika salam, Ya Allah ! Gembiranya aku :) Terasa bagai Dialah Imamku. Renungan mata dia membuatkan aku terpukau . Seumpama ada anak panah yang datang menyusuk jantung aku. Pertemuan kami begitu singkat. Tapi , kehadiran dia ke rumah sudah cukup menggembirakan aku. Pertemuan kedua kami juga agak singkat.Tapi , dari Nibong Tebal dia sanggup datang ke sini . Aku dah bersyukur.Siapa sangka ,pertemuan yang singkat tu diikuti dengan kebahagian yang berterusan. Alhamdulillah :) Perasaan sayang aku terhadapnya tak pernah berkurang. Tapi,hubungan kami semakin renggang sejak kematian arwah Farhana Azhari kekasih pertamanya.Hubungan mereka sudah hampir 9 bulan.Aku hanyalah pilihan kedua dalam hatinya.Tapi aku redha.Amin jadi tak menentu sejak pemergian arwah.Yang dia tahu pada masa tu , menangis !Aku faham perasaan dia pada masa tu. Sebagai teman , tugas aku adalah untuk mengembalikan semangat dia yang semakin jauh ke laut.Almost everyday aku text dia , bagi semangat dekat dia.Even dia tak pernah bagi respon , aku still cuba cuba dan cuba. Aku tak sanggup tengok dia terus ada dalam kepompong kesedihan.Aku taknak dia rasa kesunyian. Aku nak dia tahu , aku always ada dengan dia. I will always be with him ! Alhamdulillah , usaha aku tak sia-sia. Semangat dia sudah kembali. Aku bahagia tengok dia dah boleh ukir senyuman. Aku bersyukur dia boleh terima pemergiaan arwah . Walaupun hati dia bukan sepenuhnya untukku aku pada masa tu , aku still bersabar . InsyaAllah, bila tiba masanya ada tempat untuk aku dalam hati dia. Waktu aku di asrama , dia text aku . Dia cakap , dia dah boleh terima aku . Aku dah boleh gantikan tempat arwah dalam hati dia. Syukur Alhamdulillah ! Kebahagiaan kami berputik semula. Aku bahagia di sisi dia. Dalam mengukir kenangan yang indah , hubungan kami cuma bertahan selama 1 bulan 28 hari saja. Mungkin , aku bukan untuknya lagi. Sedih bila terpaksa tanggung kehilangan dia. Tapi , dia cakap 'even kita dah takde ppe , kita still kawan.Teman Tapi Mesra. Aku still tersenyum . Terima apa saja keputusan dia . Kami terusakan hubungan kami sebagai kawan . Tapi , hubungan kami agak dingin. Aku rindu kenangan kami yang dulu . Sekarang kami lost contact. Kami dah bawa haluan masing-masing.
SEJUJURNYA AKU SANGAT RINDUKAN DIA. I MISS HIM A LOT ! I WANT HIM BACK ! I NEED HIM ! Dari dulu sampai sekarang , hanya dia ! MUHAMMAD AMIN ADLI BIN ZULKIFLI dalam hati aku . Pengakhiran cinta kami memberi satu impak yang besar dalam diri aku . Aku tak mampu nak terima pengganti dia lagi. Aku stii tunggu and berharap untuk jadi milik dia lagi . Amin , I WANT TO BE YOURS BACK !

Saturday 10 August 2013

Assalammualaikum,semua :) Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan.Dalam meniti arus kehidupan kita di dunia ini, kite terleka , asyik dengan keseronokkan duniawi.Bagi golongan remaja , keseronokkan bersama rakan-rakan tdak akan pernah lekang dari diari kehidupan mereka.Cinta ? Semestinya ada dalam perhubungan remaja hari ini.Begitu juga dengan aku.Aku sendiri tidak pernah lari dari keseronokkan dan juga percintaan.Sudah menjadi lumrah remaja zaman sekarang untuk berseronok seiring dengan kemajuan teknologi serta ekonomi sekarang.Aku mengaku bahawa aku sendiri terbuai dalam arus percintaan.Dulu,aku beranggapan bahawa 'cinta; itu adalah satu perasaan yang simple.Senang untuk dicari dan senang untuk dilepaskan.Cinta pertamaku adalah 'cinta monyet'.Cinta dibangku sekolah rendah.Ketika itu,perasaan cinta itu seolah-olah satu permainan.Aku tidak dapat mengenali erti cinta yang sebenar-benarnya.Aku tidak dapat merasai apa itu'Cinta'.Naik dibangku sekolah menengah,aku masih belum menemukan erti cinta yang sebenar.Aku masih lagi dengan 'cinta monyet'.Masih tercari-cari erti cinta yang sebenar.Tapi,apabila aku beralih angin ke sekolah baru untuk mencari pengalaman yang baru.Pengalaman yang mungkin akan mematangkan aku.Pengalaman yang boleh mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.Di sini , aku telah menemui kehidupan aku yang selama ini aku cari.Jauh dari pangkuan ayah dan bonda , aku bersama rakan-rakanku yang baru.Rakan-rakan yang amat menyayangiku.Bermulanya kehidupan aku di sini,aku peroleh pelbagai pengalaman yang manis mahupun yang pahit.Susah senang kehidupanku disini aku lalui bersama rakan-rakan tersayang.Dalam masa yang sama , aku berusaha untk mencari erti cinta melalui kehidupan baruku.Aku melihat dari pelbagai aspek erti cinta.Alhamdulillah , akhirnya aku telah menemukan erti cinta yang aku cari selama ini. Cinta yang benar-benar indah adalah Cinta kepada Yang Maha Esa , Allah S.W.T. Cinta kita kepada-Nya takkan pernah pudar kerana kepada-Nya lah kita meminta , merayu dan memohon pertolongan.Cinta kepada-Nya adalah satu cinta yang suci.Jika kita dapat merasai cinta kita kepada-Nya , Subhanallah..Indahnya cintaMu kepadaku Ya Allah.Yang kedua,Cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.Kalau kita boleh mencontohi rasa cinta Baginda terhadap penciptanya,agamanya,keluarga,sahabat serta umatnya,kita akan dapat melihat sendiri kesucian serta kenikmatan rasa cinta yang tulus dari hati nurani yang suci tanpa ada sedikit topokan hitam dendam dihati.Yang ketiga , cinta kepada ibu dan ayah.Ibu dan ayah telah menyemaikan rasa kasih dan sayang mereka kepada kita.Cinta mereka adalah cinta yang paling ikhlas.Cinta yang tak pernah mengharapkan balasan.Mereka membelai kita dengan penuh rasa kasih sayang.Mereka menatang kita seumpama minyak yang penuh.Mereka tidak pernah kenal erti kepayahan dalam usaha membesarkan kita.Mereka juga tidak kekok untuk membimbing kita agar kita menjadi seorang anak yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.Bagi aku , cintakepada sesorang , biarlah datang dari Allah.Dia yang Maha Berkuasa.Dia telah menetapkan cinta dan jodoh yang sempurna untuk hambaNya.Bagiku , andai sudah tercatat dalam Lul-Mahfuz bahawa dia jodohku , dia Imamku.Aku terima dengan redha kerana aku yakin Allah telah menentukan yang terbaik untukku :)